Kesantunan
verbal
-Kesantunan
non verbal
-Kesantunan
lisan
-Kesantunan
penulisan
3.1
Pendahuluan
“Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”
Menurut
Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan
dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau
tulisan.
3.2
Kesantunan Verbal
Kesantunan berbahasa bererti kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau
orang yang lebih rendah kedudukannnya daripada kita. Awang Sariyan (2007)
mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan dan
beradab memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman berbicara.
Dalam Masyarakat Melayu kesantunan berbahasa
sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan
tingkah laku penutur dalam masyarakat bahasa tersebut.
3.3
Komunikasi nonverbal
Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi
tanpa kata-kata yang dikenakan juga sebagai badan atau bahasa tubuh. Abdullah
Hassan dan Ainon Mohd. (1999) berpendapat bahawa bahasa badan (bahasa tubuh)
termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman
(rupa muka), gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.
Gerakan Anggota Badan
- Gerakan anggota badan yang berlaku dalam
komunikasi nonverbal mempunyao makna tertentu serta menyambpaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan.
Gerakan Mata
-Mata yang bergerak ke sana ke mari
menunjukkan tidak berminat
-Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat
tetapi tidak percaya
- Mata berkelip lebih laju daripada biasa
menunjujjan dia berdusta
Gerakan Tangan
-Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara
tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
-Terdapat juga maksud sejagat seperti
meletakkan jari telunjuk depan mulut yang bermakna diam/ tolong seyap.
Mimik Muka
-Riak air muka mempunyai pelbagai maksud
tersirat yang daoat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
-Air muka daoat menyatakan emosi, kehendak dan
harapan seseorang.
3.4
Kesantunan Lisan
Komunikasi lisan juga dikenali sebagai
komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara
langsung ketika dua orang sedang berbual.Kesantunan pengacara majlis, pengumuman
dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan
setugas, guru, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa , tetamu da
seumpamanya.
Kesantuana dalam komunikasi lisan melibatkan
penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.Penggunaan bahasa tubuj yang
beradab dan bertatasusila.
Dari
segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah
- Ciri-ciri
sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
- Suara dan
intonasi yang sopan
- Pemilihan
kata dan ayat yang sopan dan halus
- Penggunaan
kata sapaan yang betul dan sesuai
- Penggunaan
sistem panggilan yang betul
- Gaya
bahasa yang sesuai
- Isi
perbincangan yang tidak sensitif
Dari
segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian
ialah
- Gaya
percakapan yang sopan
- Pandangan
mata yang sesuai
- Gerak laku
yang bertatasusila
- Mimik muka
yang positif
- Hayunan
yangan yang sesuai
- Imej diri
Komunikasi
secara lisan terdapat dalam bentuk
- Formal -
mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain
- Tidak
formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis
kenduri dan lain-lain
3.5
kesantunan penulisan
Komunikasi bertulis memerlukan perhatian
kepada proses komunilasi intrapersonal. Penyampai perlu berfikir secara serius
sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya
secara langsung kepada penyampai mesej.
Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah
:
- Surat rasmi
- Laporan
- Kertas kerja
- Ucapan rasmi
- Pidato
- Minit Mesyarat
Dalam bentuk komunilasi bertulis, aspek-aspek
yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
- Penggunaan kata panggilan yang betul
- Kata sapaan yang betul
- Gaya bahasa yang betul
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan
konteks
- Isi yang tidak sensitif
3.6
Kesimpulan
Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara
komunikasi sama ada dari segi verbal atau non verbal. Ketika berkomunikasi,
kita perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar
menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Cara berbahasa harus sesuai dengan
unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa
yang digunakan haruslah sesuai degan situasi ketika berkomunikasi. Sekiranya
seseorang itu tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin
akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tidak acuh, egois, tidak
beradat, bahkan tidak berbudaya.
No comments:
Post a Comment