Saturday, 12 September 2015

Bab 1 : Konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia

 Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
-Pengertian Budi
-Pengertian Bahasa
-Pengertian Budi Bahasa
-Ciri-ciri Budi Bahasa
-Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


1.1 Pengertian budi
 Budi merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Budi menggambarkan perobadi manusia yang muia. 
 Meurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
 Pengertian budi dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali (2002) dengan menjelaskan bahawa  budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.
 Manakala Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu kepitusan dan yang paling penting banyak menabur hasa dan bakti.
 Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
 Kesimpunlannya, budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.

1.2 Pengertian Bahasa
 Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah  sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dab percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
 Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa merupakan sistem isyarat yang abstak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
 Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenalkan sebagai fonem.
 Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
 Rahminah Hj. sabran dan Rahim Syam (1985), mendifinisikan bahsa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
 Manakala Lutfi Abas (1985), mendifinisikan bahasa ialah data dianalisis dalam linguistik.

 1.3 Pengertian Budi Bahasa
 Perkataan budi dan bahasa apabila digabungan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai percakapan yang baik, teliti danelok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana , tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan santun, sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi perketi yan baik dan mulia, tingkah laku yangbaik dan akhlak yang mulia.
 Menurut kamus Elektonik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
 Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi.Berbudi bahasa akan memberikan natijah yang baik dalam pergaulan ahli masyarakat. Keharmonian kaum akan terhasil apabila rakyat mengamalkan sifat berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.
 Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik. Dalam hai ini Nabi SAW menyarankan dalam sabdannya yang bermaksud: “ Apabila kamu saling berjuma, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar.” (riwayat Ath-Thahawi).
 Budi bahasa juga cerminan budaya. Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
 Nilai berbudi bahasa juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha. Misalnya dalam agama Buddha ada dinyatakan:” Word have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world.” 
 Begitu juga dalam agama Hindu nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat-sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan  yang erat.

 1.4 Ciri-ciri budi bahasa
 Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorag secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
 Menurut Mustafa Hj Daud (1995), seseorang yang berbudi bahasa mempunyai sifat ikhlas, jujur,, benar, menrendah diri, pemurah , suka menonong, berjasa, dan berbakti .
 Lima ciri lain yang dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa ialah pemaaf, bersifar sabar, bersikap positif, memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi dan bersopan santun atau tertib.
 Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkai rapat dengan hati seperti kata-katanya: “ Hati itu kerajaan dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh.” Dengan kata lain, orang yang berbudi bahasa tidak memiliki sifat zalim terhadap orang lain.
 Masyarakat Melayu yang berpegang kuat pada adat resam dan agama menjelmahkan sifat berbudi bahasa dengan melarang anak dara duduk bersila, memberi salam apabila bersua, tidak menyampuk semasa orang tua bercakap, menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang-orang tua, menuturkan bahasa halus dengan ibu bapa atau orang tua, mendahulukan orang-orang tua dalam semua perkara, setiasa tersenyum apabila berjumpa dengan orang lain, memberi salam apabila bersua denga orang lain, bertanya khabar dan sebagainya.
 Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda seperti Firman Allah SWT : “ Dan mereka diberi petunjuk (di dunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.
 Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesungguhnya orang-orang pilihan di kalangan kamu ialah yang palig indah budi pekertinya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya” (Riwayat At-Tarmizi)

1.5 Budi Bahasa Dalam Masyarakat Melayu
  Masyarakat Melayu sangat mementingkan budi bahasa semasa pergaulan dalam kalangan masyarakat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Islam itu akhlak yang baik”. Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud: “ Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia”. Berbudi bahasa termasuk dalam akhlak yang terpuji.
 Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.Ajaran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaa perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Confusius menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu budi bahasa, kemurahan hati, kerajinan dan sifat baik.
 Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran adama Hindu yang juga mementingkan budi bahasa  yang mulia dalam kalangan penganutnya. Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.

1 comment:

  1. Boleh sy tahu Sumber rujukannya?Dan nama author blog ini

    ReplyDelete