4.1 Jenis-Jenis
Peraturan Berbahasa
Menurut
Asmah Haji Omar (2002:8) santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan
peraturan-peraturan yang tertentu. Maknanya apabila seseorang penutur mematuhi
peraturan-peraturan yang tertentu itu secara tidak langsung dia telah
mengamalkan santun bahasa. Peraturan berbahasa dapat dibahagikan kepada tiga
jenis iaitu:
i.
Peraturan linguistik
Peraturan
linguistik amnya berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang
menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili
bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
ii. Peraturan sosiolinguistik
Peraturan
sosiolinguistik pula amnya kepada dua bentuk. Pertama berkaitan dengan
penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubugan sosial antara pembicara dengan
pendengar, hubungan ini dinyatakan dalam konteks komunikasi lisan. Manakala
yang kedua pula ialah peraturan sosiolinguistik yang menitikberatkan hubungan
antara penulis dengan pembaca hubugan ini dinyatakan dalam konteks komunikasi
tulisan
iii. Peraturan pragmatik
Pragmatik
pada dasarnya bila dikaitkan dengan perkataan dan frasa ialah satu kajian di
mana perkataan dan sesuatu frasa itu digunakan dalam maksud yang tertentu dalam
situasi yang tertentu. Justeru, peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai
maklamat interaksi secara sopan dam berkesa. Dalam kehidupan seharian,
interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut
digambarkan melalui cara percakapan.
4.2 Jarak
Sosial
Jarak sosial adalah keadaan di mana
seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain
atau masyrakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.
Sarjana barat seperti Pitirin A. Sorikin menyatakan pelapisan sosial merupakan
perbezaan penduduk atauj masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
Dari sudut yang lain pula, jarak
sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara
horizontal berdasarkan jarak peradabannya. Jarak peradaban ini muncul kerana
adabnya perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan yang dimiliki seseorang
atau masyarakat terhadap kemajuan dan ilmu pengetahuan ornag atau masyarakat
lainnya.
Dalam peraturan berbahasa pula jarak
sosial ialah satu pemisahan sosial yang bernar-benar wujud di antara individu
dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
Sehubungan dengan itu sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya
rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan
dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa
atau prang-orang yang lebih tua daripada kita.
4.3 Konteks
Percakapan
Menurut Brown dan Yule (1983),
menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami
pemakaian bahasa. Misalnya, pengenalisis wacana haruslah mempertimbangkan
konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa
penutur dan pendengarnya, waktu dan tempat ujaran itu.
Dalam setiap interaksi verval
seterusnya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu
peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
Faktor-faktor tersebutlah yang mendukung sesuatu wacana. Hymes, Brown (1993:89)
menyatakan bahawa komponen-komponen tutur yang merupakan ciri-ciri konteks
percakapan dibahagikan kepada lapan jenis iaitu penutur, pendengar, topik
pembicaraan, latar, penghubung bahasa lisan dan tulisan, laras bahasa, bentuk
pesanan, dan peristiwa percakapan.
a.
Penutur
dan Pendengar
Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa
percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta yang perlu diperhatikan
adalah latar belakang sosial, budaya, dan lain-lain. Mengetahui later belakang
peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk mengunterpretasikan apa yang
hendak dituturkan penuturnya.
b.
Topik
Pembicaraan
Dengan mengetahui topik pembicaraan, pendengar akan
sangat mudah memahami isi wacana, sebab topik pembicaraan yang berbeza akan
menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula. Di samping itu, penutur dan
pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang
dibicarakan.
c.
Latar
Peristiwa
Faktor lain yang mempengaruhi konteks percakapan adalah
latar peristiwa. Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi
penutur dan pendengar atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa
percakapan.
d.
Penghubung
Penghubung adalah medium yang digunakan untuk
menyampaikan perihal percakapan. Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur
dapat menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan. Ujaran secara
lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
e.
Laras
Bahasa
Latar bahasa yang digunakan juga amat berkaitan dengan
konteks percakapan. Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang
sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang
perkara yang dituturkan. Amatlah ganjil jika ragam bahasa baku diguna pakai
dalam urusan tawar menawar di pasar borong.
f.
Bentuk
Pesanan dan Maklumat
Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah
tepat, karena bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental. Pesanan dan
maklumat mungkin tidak sampai kepada pendengar, contohnya jika pendengarnya
bersifat umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat maka bentuk
pesanan dan maklumat harus juga bersifat umum.
g.
Peristiwa
Percakapan
Peristiwa percakapan yang di maksud di sini adalah
peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan. Misalnya pidato, perdebatan,
seminar dan sebagainya. Hymes (1975:52) menyatakan bahawa peristiwan percakapan
sangat erat hubugannya dengan latar peristiwa, dalam pengertian yang lain
sesuatu peristikwa percakapan tertentu akan terjadi dalam konteks situasi
tertentu.
4.4 Tujuan
dan Matlamat
Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk
wacana, iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas seperti majlis perasmian,
majlis perpisahan atau hiburan. Tujuan dan matlamat peraturan percakapan juga
berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu
bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan
sosioekonomi.
Dalam percakapan, kita harus
bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Perkara yang penting itu mungkin
mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang. Seterusnya menilai perkara
yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap. Seterusnya menilai perkara yang
hendak dikomunikasikan sebelum bercakap.
4.5 Giliran
Bercakap
Masyarakat Melayu amat mementingkan
giliran bercakap. Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa
dalam perbualan. Orang-orang muda
hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap. Sekiranya hendak
menyampuk perbualan ornag-orang tua terlebih dahulu mestilah pastikan
orang-orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maadfkan
saya, bolehkah saya berikan pendapat.”
Dalam percakapan terkadang
terjadinya pola satu arah diakitbatkan oleh seseorang yang mendominasi
pembicaraan. Agar percakapan dapat berlangsung dengan sekata dalam kata lainnya
setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama dalam berbica, simstem
pola penggiliran boleh digunakan.
Semasa proses percakapan sedang
berlansung sama ada dalam situasi formal, separuh formal ataupun tidak formal,
pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi. Hal ini selalunya
diakibatkan karena adanya kaitan antara satu masalah terhadapa masalah yang
lain atau satu topik terhadap topik yang lain. Dalam suatu pembicaraan, pengembangan
gagasan kepada pokok pembicaraan yang lain masih dianggap wajar jika tetap pada
pokok persoalan yang sedang dibahaskan.
Perbezaan pendapat antara pembicara
baik dalam diskusi formal atau tidak formal sering terjadi. Buakan semua orang
akan bersetuju dengan pendapat bicara seseorang. Masing-masing memiliki
pandangan atau pemikikran sendiri. Perbezaan pendapat biasanya jarag sekali
dapat menyelesaikan konflik. Namun begitu perbezaan pendapat harus dihormati,
didengar dan dititip secara santun.
Selain daripada itu mencelah
percakapan orang lain juga sering terjadi dalam sesuatu sesi perbincangan
formal atau tidak formal. Hal ini bertambah buruk lagi sekiranya seseorang yang
mencelah itu mencelah sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan tidak
dapat menyempurnakan percakapannya.
Akhir sekali kita tidak seharusnya
mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang
baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi
sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang
mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga
terpaksa diulang-ulang supaya faham.
4.6 Memulakan
dan Mengakhiri Percakapan
Memulakan dan mengakhiri percakapan
termaksuk dalam aspek sosiolinguistik yang juga turut mempengaruhi kesantunan
berbahasa. Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai
dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi, selamat petang
dan memberikan kata-kata hormat kepada hadirin, orang-orang yang berpengaruh
dan orang-orang tua. Cara yang peling efektif untuk membuka percakapan ialah
dengan mengajukan pernyataan.
4.7 Pemilihan
Kata
Kesantunan berbahasa tercemin dalam
tatacara berkomunikasik secara verbal. Ketika berkomunikasi, kita perlu merujuk
pada norma-norma budaya, tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita
fikirkan malahan pemilihan kata-kata yang diucapkan perlu dititikberatkan.
Pemilihan kata dan tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya
yang ada dalam sesuatu masyarakat untuk kita berkomunikasi.
Berikutlah adalah beberapa perkara
yang perlu difikirkan untuk dikaitkan dengan pemilihan kata semasa bicara,
pertamanya perlu difikirkan apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan
tertentu. Seterusnya, ragam bahasa apa yang sewarjanya perlu diguna dalam
situasi tertentu.
Dalam peraturan percakapan aspek
pemilihan kata berkait rapat dengan aspek kesantunan berbahasa. Contohnya, cara
sapaan lisan perlu mengikut tertib yang tertentu dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Selain itu, penggunaan
bahasa halus juga diberi perhatian dalam aspek pemilihan kata. Mengikut Asmah
Haji Omar bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab
tatatertib.
Kata dan ungkapan bertatasusila juga
termaksud dalam aspek pemilihan kata ganti nama yang selalu digantikan dalam
keadaan biasa. Berikut merupakan beberapan gelaran yang akan digunakan :
a.
Gelaran
Pergaulan Bebas.
b.
Gelaran
Warisan
c. Gelaran Kurniaan